Testimonial Nu-Prep

30 November 2012:

Blogger terkenal Beautifulnara turut berkongsi pengalaman beliau mengambil Nu-Prep 100.

Baca pengalaman beliau di sini

---------------------------------------------------------------------------------

Memperkenalkan Nu-Prep100 - produk yang berasaskan 100% ekstrak Tongkat Ali dari Biotropics


October 14, 2012

PRODUK berasaskan Tongkat Ali sering dikaitkan dengan produk yang mampu meningkatkan kekuatan kaum lelaki, namun ia sebenarnya berfungsi bukan sekadar untuk kekuatan, sebaliknya berupaya membantu pengguna mendapatkan badan lebih bertenaga.

Berikutan itu, Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) menghasilkan produk yang diperbuat daripada 100 peratus ekstrak Tongkat Ali dikenali sebagai Nu-Prep.

Pengarah Strategi dan Pengurusan Rantaian Saluran, Tengku Shahrir Tengku Adnan berkata, berbeza dengan produk berasaskan Tongkat Ali di pasaran, Nu-Prep dihasilkan dengan komponen aktif akar Tongkat Ali.

“Produk kami hasilkan bukan saja tulen, malah mampu memberikan pengguna kesan lebih pantas selepas penggunaan pertama,” katanya.

Menurutnya, pengguna tidak perlu bimbang mengenai kesan sampingan berikutan Nu-Prep dijamin selamat dan diuji secara klinikal.

“Malah, kami bangga menyatakan bahawa Nu-Prep adalah produk Tongkat Ali pertama yang dikaji secara klinikal dan pengguna tidak perlu bimbang mengenai keselamatan atau kesan sampingan kerana benar-benar selamat,” katanya.

Beliau berkata, Nu-Prep dihasilkan menggunakan kaedah dingin kering yang mempunyai kelebihan tersendiri bagi memastikan ketulenan herba dapat dikekalkan serta kualiti sari patinya yang dapat menghasilkan herba itu sehalus molekul air.

“Dengan cara ini ini, kandungan dihasilkan lebih konsisten dan mempunyai piawaian tersendiri seterusnya menjadikannya lebih berkesan kepada badan pengguna.

“Sekiranya produk seperti ini yang tidak mempunyai kandungan tetap, ada kemungkinan gagal memberi kesan kepada pengguna,” katanya.

Menurutnya, bagi tahun depan, pihaknya merancang menghasilkan lima produk baru berasaskan herba lain termasuk Tongkat Ali.

“Yang lebih utama bagi kami ialah menghasilkan lebih banyak produk berasaskan herba untuk kesihatan kerana pengguna kini semakin bijak dan menjadi tanggungjawab kami menghasilkan produk berkualiti,” katanya.

Estrak larut Tongkat Ali Nu-Prep 75 yang mengandungi 60 kapsul dan 10 kapsul dalam ‘blister’ dan Nu-Prep 100 (60 kapsul) dijual pada harga antara RM120 dan RM160.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Nu-Prepherba/Article

No comments:

Post a Comment