Kelebihan Nu-Prep

Nu-Prep 100 adalah produk Tongkat Ali pertama yang dikaji secara klinikal dan Nu-Prep adalah produk Tongkat Ali yang paling  berkualiti di pasaran sekarang ini. 

Nu-Prep 100 mengandungi 100% ekstrak akar Tongkat Ali yang larut air sepenuhnya. Produk ini TIDAK mengandungi habuk kisaran daripada batang mahupun akar Tongkat Ali.

Nu-Prep 100 Tongkat Ali larut air diproses menggunakan kaedah pengekstrakan Teknologi Canggih (BAT-Best Available Technology) dan juga telah dipatenkan di USA dan Eropah. Ketelitian dalam penyediaan produk Nu-Prep 100 melalui proses pengekstrakan dapat mengekalkan ketulenan kualiti sari pati herba serta keaslian bahan semulajadi Tongkat Ali.

Setiap kapsul mengandungi formula rumusan sains yang telah dikaji khusus untuk kesesuaian badan.




KAJIAN SAINTIFIK

Rumusan penyelidikan ahli saintis menunjukkan kesan-kesan pengambilan Nu-Prep 100 seperti berikut:

- Peningkatan tahap hormon testosteron
- Peningkatan tenaga
- Peningkatan daya keinginan seksual (libido)
- Mempercepatkan penjanaan otot (terutama ahli sukan)
- Meningkatkan tahap metabolisma terutama dalam penjanaan tenaga dan pembakaran lemak
- Memperlahankan proses penuaan
- Menggalakkan kesihatan secara keseluruhan

....dan banyak lagi yang melibatkan pengembalian hormon testosteron kepada tahap optimal!

Apakah perbezaan Nu-Prep 100 dengan Tongkat Ali lain di pasaran?

1) Herba yang telah dipiawaikan (“standardized extract”)

Merupakan herba yang telah dipiawaikan untuk menjamin kualiti dan pengawalan mutu produk berasaskan semulajadi. Proses pemiawaian herba ini termasuklah pengesahan, pencirian, pemprofilan dan penyelidikan kuantitatif dos aktif kompaun (yang memberi impak kepada kesihatan) serta spesifikasi setiap tumbuhan seperti akar dan daunnya.

Untuk menjamin konsistensi produk yang bermutu dihasilkan, tongkat ali perlu diekstrak dan kemudiannya ujian makmal menerusi penyelidikan kuantitatif terhadap dos aktif kompaunnya perlu dijalankan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Selain itu, penyelidikan kehadiran toksik seperti logam berat dan mikrobial perlu dijalankan. Sekiranya kesemua hasil penyelidikan ini tidak memenuhi spesifikasi, maka produk tidak akan diluluskan untuk jualan. Tongkat ali yang berkualiti tinggi dan memenuhi semua spesifikasi sahaja layak dipanggil “standardized extract” atau herba yang telah dipiawaikan.

Jika sesuatu produk herba tidak dilabel sebagai “standardized” maka berkemungkinan ianya adalah serbuk kosong yang dihasilkan daripada daun bercampur ranting pokok Tongkat Ali. Walaupun ia mungkin murah tetapi ia tidak akan memberi manfaat terhadap kesihatan.

2) Herba larut air (“water soluble”)

Nu Prep 100 diproses dengan menggunakan kaedah pengekstrakan yang melibatkan pengunaan air untuk mengeluarkan pati (cecair dan bahan kimia semulajadi) daripada bahan mentah (akar). Namun begitu, terdapat sesetengah produk tongkat ali diproses dengan menggunakan cecair organic seperti etanol, methanol dsb. Jenis pelarut inilah yang akan menentukan samada ekstrak yang terhasil adalah selamat dan bermanfaat atau toksik.

Proses pengekstrakan berasaskan air bagi Nu Prep 100 ini telah dipatenkan hasil gabungan kerjasama saintis-saintis terbaik. Ia melibatkan kajian yang telah dijalankan oleh saintis-saintis Malaysia dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Amerika Syarikat. Hasil kajian membuktikan bahawa proses pengekstrakan mampu larut (“water soluble”) ini adalah cara yang paling stabil untuk mengasingkan peptide-peptida berfaedah di dalam Tongkat Ali.

Kaedah pengekstrakan mampu larut ini menggunakan teknologi termaju yang membuatkan ia tidak bertoksik dan lebih mudah diserap oleh badan.

3) Proses pengekstrakan optimum

Proses pengekstrakan yang optimum dengan parameter (spt suhu, tekanan, alatan yang digunakan dsb) yang terkawal akan memastikan bahan aktif yang berharga daripada akar tongkat ali dapat dikeluarkan dengan secukupnya tanpa kerosakan dan bebas daripada bahan asing yang tidak diperlukan.

4) Teknik pengeringan kering beku

Teknik yang menggunakan suhu rendah untuk mengeringkan cecair ekstrak ini digunakan bagi memastikan kualiti bahan aktif di dalam cecair ekstrak tidak terjejas berbanding teknik pengeringan yang lain (suhu lebih tinggi dsb).

5) Diuji secara klinikal - keberkesanan & keselamatan pengambilannya

Nu Prep 100 telah diuji secara klinikal dan telah menunjukkan keberkesanannya dan keselamatannya semasa diuji. Ini bermakna Nu Prep 100 adalah terjamin keberkesanannya seperti yang dilihat semasa ujian klinikal tersebut dijalankan. Ia juga selamat digunakan tanpa ragu-ragu lagi.

No comments:

Post a Comment