Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun. Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud ‘tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’.
Nama lain: Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit,
payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul,
setunjang bumi dan pasak bumi.
Famili: Simaroubaceae
Memang
 tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat 
Ali terbukti berhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di 
kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali ramai yang 
mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki.
Tongkat Ali didapati banyak tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Tongkat Ali digunakan secara meluas di negara ini dalam penyediaan ubatan tradisional dan produknya dijual dalam berbagai bentuk seperti kapsul, tablet serta tonik. Pada masa ini, terdapat kira-kira lebih daripada 30 produk ubatan tradisional di negara ini yang mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan lain-lain herba.
Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).
Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Pokok ini tumbuh pada kadar yang perlahan dalam keadaan semulajadi. Ketinggiannya boleh mencapai 15 m. Daunnya berbentuk bujur, tersusun secara berpasangan pada satu tangkai. Terdapat 20–30 pasang anak daun di setiap tangkai daun. Batangnya berbentuk silinder, berwarna kelabu di bahagian yang tua dan coklat kemerahan di bahagian yang muda. Daun muda yang baru berkembang biasanya berwarna antara hijau kekuningan, hijau tua dan coklat. Tangkai bunga tongkat ali tumbuh daripada di celah tangkai daun. Setiap tangkai mengandungi banyak cabang, dan terdapat beberapa ratus kuntum bunga berwarna merah ungu yang kemudiannya menjadi buah.
Dua jenis tongkat ali terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Eurycoma longifolia Jack dan Eurycoma apiculata A.W. Bennett . Spesies E. longifolia didapati ditanam secara komersial kerana mempyunyai kandungan bahan aktif yang lebih tinggi berbanding E. apiculata.
Rupa
 pokok Tongkat Ali hampir sama dengan pokok sentang. Batangnya lurus 
tegak, daunnya berpelepah dan sifat yang sangat ketara ialah akar 
tunjangnya besar dan lurus. Pokok yang berumur 10 -15 tahun, panjang 
akar tunjangnya boleh mencapai antara 6 - 9 kaki dan biasanya tidak 
mempunyai akar cabang. Mungkin itulah sebabnya maka pokok ini diberi 
nama Pasak Bumi.
Tongkat
 Ali tumbuh secara semulajadi di hutan tropika yang berbukit bukau di 
negara-negara Asia Tenggara meliputi negara Myanmar, Thailand, Vietnam, 
Malaysia, kepulauan Borneo dan Indonesia. Dalam keadaan habitat asalnya 
pokok Tongkat Ali dikatakan lambat membesar. Untuk mencapai peringkat 
matang (berbunga) pertumbuhannya mengambil masa selama 10 -15 tahun. 
Bagi pokok yang ditanam di ladang peringkat matangnya adalah lebih awal 
iaitu antara 5-7 tahun.
Dalam
 amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok Tongkat 
Ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis 
kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan.
Mengikut
 amalan tradisional, akar Tongkat Ali yang telah cukup kering direbus 
dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah 
amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk 
mendapatkan pati herba. Air rebusan Tongkat Ali ini diminum dua kali 
sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. 
Tongkat
 Ali mempunyai pelbagai khasiat untuk penjagaan kesihatan badan. Khasiat
 utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta 
perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks.
Banyak
 kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan
 tempatan berhubung dengan perkara ini. Dr. Bakti Nitisastro Taufik B.A 
dari Ka Puskesmas T.N Kodya Tanjung Balai, Indonesia membuat 
penyelidikan mendapati Tongkat Ali baik untuk kekuatan tenaga batin 
lelaki dan perempuan.
Kajian
 kesan pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal
 mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat 
saraf serta mempunyai daya tenaga badan yang luar biasa.
Seorang
 penyelidik dari Jabatan Farmasi USM Dr. Ang Hooi Hoon juga memberi 
kenyataan pengambilan air akar Tongkat Ali boleh meningkatan keinginan 
seks, prestasi dan ketahanan. Kenyataan beliau telah disokong oleh hasil
 kaji selidik Dr. Johari Mohammad Said dan Noraniza bt. Aminuddin dari 
Universiti Malaya terhadap beberapa orang sukarelaan lelaki bahawa 
selepas mengambil Tongkat Ali selama seminggu, paras testosteron lelaki 
boleh meningkat hampir 480%.
Testosteron
 adalah sejenis hormon yang diperlukan untuk merangsang keinginan seks. 
Ia adalah hormon kelakian yang memainkan peranan yang penting dalam 
mengekalkan daya seksual lelaki. Selain dari merangsang pembinaan otot, 
peningkatan sel darah merah dan mempercepatkan penyembuhan daripada 
sakit atau kecederaan, testosteron juga amat penting dalam mengawalatur 
struktur pertumbuhan sifat seksual sekunder kaum lelaki. Ia memainkan 
peranan penting dalam mengekalkan syahwat lelaki. Umumnya, tahap 
testosteron akan menurun mengikut pertambahan usia - secara langsung 
menurunkan daya seksual. Oleh itu sumber asas tambahan seperti Tongkat 
Ali ini diperlukan bagi mengembalikan keupayaan tenaga dan seksual 
lelaki.
Dalam
 satu lagi kajian yang dibuat oleh Dr. Johari Mohammad dan Noraniza 
Aminuddin mendapati Tongkat Ali juga mampu menentukan jantina dan 
meningkatkan kesuburan sperma.
Kajian
 dibuat dengan menyuntik 3 ekor tikus jantan dengan ekstrak Tongkat Ali 
dan 3 ekor tikus jantan lain tidak disuntik. Tikus-tikus jantan ini 
dimasukkan dalam sangkar berasingan dengan pasangan masing-masing.
Daripada
 pemerhatian didapati 3 ekor tikus jantan yang disuntik ekstrak Tongkat 
Ali lebih kerap melakukan aktiviti seks berbanding dengan 3 ekor tikus 
jantan yang tidak disuntik. Kajian juga mendapati pasangan tikus-tikus 
jantan yang disuntik telah mengandung. Daripada pembedahan yang 
dilakukan ke atas tikus-tikus betina tersebut didapati benih-benih yang 
telah disenyawakan (sperma) terdiri daripada 90% sperma jantan.
Anti malaria
Sejak
 awal tahun tujuh puluhan, beberapa pusat penyelidikan perubatan telah 
mencari penawar anti malaria plasmodium falciparum iaitu satu daripada 
empat jenis demam malaria yang telah dikenal pasti. Malaria plasmodium 
falciparum sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut. Tidak seperti 
malaria lain, plasmodium tidak boleh dirawat dengan menggunakan 
Choloquire iaitu ubat anti malaria yang biasa; digunakan ( Miller er. - 
al. 1986).
Pada
 tahun 1997 sekumpulan penyelidik perubatan Dr. Gimlettle dan Thomson 
telah berjaya membuktikan Tongkat Ali boleh menawar semua jenis demam 
malaria termasuklah malaria plasmodium.
Sumber:
1) Mardi (http://www.mardi.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=db588b7a-627e-40fe-848b-91eafc0e7ce4&groupId=10138)
2) http://fazlisyam.com/2008/04/25/khasiat-tongkat-ali/

 
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
ReplyDelete💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
How to Get From Casino Del Sol to Las Vegas Hotel
ReplyDelete› app › las-vegas-h › app › las-vegas-h Jun 20, 군산 출장마사지 2021 안양 출장샵 — Jun 20, 광주 출장마사지 2021 How to get from Casino Del Sol to Las Vegas Hotel Casino 의정부 출장마사지 Del Sol to Las Vegas Hotel Casino Del Sol, based on the following transit lines: · McCarran International Airport · McCarran International 거제 출장안마 Airport. The following transit lines have routes that pass near Casino